Nuff

Thursday, 8 November 2012

Cara-cara Bloging



Nak pecah kepala pikir camne nak bagi orang baca blog kita kan..? cuba lah cara2 nie.. mudah, senang, dan awesome..^^

Antara cara2 yang korang boleh guna adalah…



1.      Bentuk Senarai (List)

Contohnyer, 5 sebab untuk.., 10 cara…, 7 jenis.. kalau letakkk senarai2 pendek cam gini memamg boleh tarik ramai pembaca kt blog anda.. nak tahu kenapa? Sebab biasa nyer orang tak suka baca artikel yang meleret2 siap berpuluh2 perenggan kan.. wat semak otak jer nak baca ayat yg meleret2 nie.. jadi ringkaskan dan letak dalam bentuk senarai..

2.      Cara-cara (How-to)

Nie biasa nyer dalam nak buat barang, resepi, atau pape lagi la.. bagi yang pro dalam memasak memang plus point la.. sekarang nie nak masak google jer.. macam2 resepi yg kluar kan.. tp tak semesti nyer korang boleh bagi tahu pasal resepi jer.. pasal nak buat barang2 yg kreatif pun boleh jugak.. contoh nyer cara2 membuat bingkai gambar.. nk idea..? tgk la art attack kt channel Disney tue.. hehehe..

3.      Review

Nie memang fames la..  review jer pasal pape barang, makanan, tempat, filem dan macam2 lagi la.. The possibilities are nearly endless.. cerita jer pasal pape yang korang pikir dan pernah alami..

4.      Gambar

Post saje pape gambar yang berkaitan dengan blog korang.. maybe gambar2 yang korang post tue berguna untuk org lain..

5.      Link ke blog lain

Sharing is caring kan.. korang boleh bagi link ke blog lain.. korang boleh share entry @ post yg korang suka dari blog/website lain..

6.      Tips

Yg nie memang berguna sgt2.. korang boleh share tips2 berguna yg korang taw.. contoh nyer tips menguruskan badan, tips bersolek, tips menjaga kereta, pape tips pun boleh..

7.      Subsribe/Follow blog yg awesome

Korang boleh follow blog2 yg awesome untuk dpt idea.. blog yg awesome tue blog aper..? blog yg awesome tue adalah blog2 yg ramai orang suka & follow.. xkan orang follow kalau xbest kan.. macam2 idea korang blh dpt dr diorang..

8.      Facebook

Korang boleh promote blog korang kt facebook, twitter, instagram @ pape laman social yg popular.. bg teaser sedikit kt status korang, pastue mst ramai yg nak baca full entry korang..

Cik blacky nie bukan pandai bloging pun.. bahkan baru lagi dalam dunia blogging nie.. sje jer nak tambah ilmu dan nak share info2 yg cik blacky dpt ngan korang sume..
adigos dear2 sume.. wait for next entry taw..=P

HijabKu MahkotaKu



Track: Hijab
Artist: Ahmed Bukhatir
Album: Hasanat

This is my hijab, I will never remove
Hijaab is my pride, it makes my soul improve
It is Allah’s law, how can I oppose
Hijab is my way, the way that Allah chose
Hijaab is my way, the way that Allah chose
People didnt approve for what I had to say
Covering myself will hide my charm away;
Confused was my mind in what I shouldn’t do..
I have been so sad, my feeling never went through;



My heart got that peace, the peace that showed me light
The light of my hijaab which made my spirit bright;
Without my hijaab, I feel insecure
Deep within my soul, I feel peace and pure
This my hijaab, I will never remove
Hijaab is my pride, it makes my soul improve
It is Allah’s law, how can I oppose
Hijaab is my way, the way that Allah chose
Hijaab is my way, the way that Allah chose
Oh my dearest sisters, hijaab is the cure
Wisdom lies beneath it, I know thats for sure
Gift yourself with guidance and never regret
Accepting it would be getting all respect;
All around is evil that wants to prevail
Sticking to Islam we won’t let good fail;
Lets embrace hijaab and await our reward..
It is for Allah, the one and only lord!
I will never remove!
This my hijaab, I will never remove
This my hijab, I will never remove.


Password



Password
image curik dr pokcik google..^^



Wah dah lama tak membebel kat sini kan.. okayh, hari nie cik blacky nak citer pasal password.. kalau cakap pasal password nie mmg memeningkan kepala sume orang kan.. pening kepala kita nk cipta satu password yg senang di ingat dan secure.. haa, cik blacky ader terjumpe antara password yang selalu orang guna..

  • password
  • 1233 @ 123456
  • Qwerty
  • abc123
  • Iloveyou
  • Letmein
  • Monkey
  • trustno1
  • entahlah
  • takboleh

Yang nie sume password yang orang biasa guna.. selebriti pun ader password yg agk gila2 gak taw.. Antaranyer..

  • Bill Gates – pMSword
  • Barack Obama – TheBlackHouse
  • Deve Gowda -zzZZZ
  • Sunil Bharti Mittal – KhuljaSIMSIM
  • Vijay Mallya: calendarshouldhave20months
  • RahulDravid – Nothing shall pass
  • Saurav Ganguly – Iamthebest
  • Navjot Singh Sidhu – lol
  • Emraan Hashmi – Muaaaaah
  • Nana Patekar – Kaekopoocha
  • Abhishek Bachchan - Paa sWord
  • Amitabh Bachchan - rekha
  • Shahrukh Khan – ppppassword
  • Madhuri Dixit – 12345678910111213
  • Shahid Kapur – Paffword

Sesetengah org kt ats tue cik blacky tak taw pun.. sje jer letak sebab pasword diorang sempoi.. hehehe..:)
jadi korang boleh la guna password yang awesome nie.. xyah nak pikir2 dah.. 

adigos!

Monday, 5 November 2012

Bila Chinese Berbicara..^^



Chinese Speaking To A Chinese Telephone Operator





Caller: Hello, can I speak to Annie Wan?

Operator: Yes, you can speak to me

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!

Operator: Yes I understand you want to speak to anyone. You can speak to me. Who is this?

Caller: I’m Sam Wan. And I need to talk to Annie Wan! It’s urgent.

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what’s this urgent matter about?

Caller: Well… just tell my sister Annie Wan that our brother Noe Wan was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.

Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn’t an urgent matter! You may find this hilarious but I don’t have time for this!

Caller: You are so rude! Who are you?

Operator: I’m Saw Ree.

Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!

Operator: That’s what I said. I’m Saw Ree

hahaha.. memang klakar yet tension jugak la..^^ layan jela yea...

Monday, 15 October 2012

Love!




"If you need me, call me. I don’t care if I’m sleeping, if I’m having my own problems or if I’m angry at you. If you need me and if you need to talk to me, I’ll always be there for you. no matter how big or small your problem is, I’ll be there."
- Unknown




image pak google

Sunday, 23 September 2012

Tak Nak Merokok Dah!


Tips Berhenti Merokok

image dari uncle google

Mesti ramai perokok di luar sana yang terfikir nak berhenti merokok, tapi macam mana nak berhenti?? Sebenarnya ader banyak cara untuk berhenti merokok.. tapi cara mana yang berkesan??

Macam2 cara boleh digunakan asalkan niat di hati tue kena ikhlas dan kukuh.. “kukuh”?? maksudnyer, jangan hangat2 tahik ayam la.. hehehe..^^

Haish, bebel banyak pulak dah cik blacky nie.. cepat la bagitahu tips nyer.. okayh2.. antara tips yang korang boleh praktikkan ialah tips 12M..

Tips 12M

©       Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.

©       Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.

©       Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.

©       Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

©       Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok sehingga korang benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok.

©       Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.

©       Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.

©       Membasuh tangan selalu.

©       Mandi dengan kerap.

©       Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

©       Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.

©       Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya

senang cakap ingatlah slogan nie.. garenti jadi takut la..^^

~~Rokok Membahayakan Kesihatan~~

Mengapa orang perempuan harus bertudung?


Bismillah..
nie entry first cik blacky.. insyaAllah.. semoga entri2 cik blacky lepas nie membawa kebaikan lebih dari keburukan..^^
pada entry first nie cik blacky nak cakap pasal "aurat".. wah.. cam ustazah jer kan.. actually, tak semestinya ustazah jer boleh cakap pasal hal2 agama nie kan.. kita yang biasa2 nie pun boleh cakap pasal hal2 agama selai kita tak merepek atau melalut ke laut.. hehehe..^^
Sebenarnya, orang perempuan nie special sikit.. xmacam orang laki.. lelaki boleh keluar rumah tak pakai kopiah, boleh pakai t-shirt lengan pendek dan macam2 lagi.. tapi, perempuan tak boleh free cam orang lelaki.. 
Tapi kenapa..? sebab perempuan kena tutup aurat.. mesti ada antara kita yang musykil dan tertanya-tanya kenapa orang perempuan kena tutup aurat..?

Antara sebab kenapa perempuan Islam diwajibkan menutup aurat..

1) Tuntutan agama Islam yang suci.
- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?
Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai Allah 
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat.  Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari.

3) Lebih cerdik,selesa dan sihat
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.
Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala.

4) Tidak membazir
- Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun untuk mencantikkan rambut dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan mewarnakan rambut serta tidak membazir wang!

5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98%  lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang yang paling penting pilih wanita yang bertudung dahulu )

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan dan menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai pelbagai bahan kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk rambut!

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati dan dihargai
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

9.) Lebih disayangi oleh ALLAH
- Wanita yang bertudung dengan cara yang betul serta melaksanakan perintah ALLAH akan terus dilindungi oleh ALLAH sehingga akhirat.

10.) Calon Isteri
- Kebanyakan statisitik yang diambil di Asia Tenggara. Ramai lelaki yang menjadikan wanita islam yang bertudung sebagai pilihan utama mereka sebagai isteri. Jadi jom pikat wanita yang bertudung dan jadikan ia sebagai wanita yang solehah ye.
Insyaallah.. :)

image dari uncle google


~~artikel nie cik blacky share dari blog pakar cinta... kalau korang nak lebih banyak artikel2 menarik sila la ke page Pakar Cinta ya..^^