Nuff

Sunday 23 September 2012

Tak Nak Merokok Dah!


Tips Berhenti Merokok

image dari uncle google

Mesti ramai perokok di luar sana yang terfikir nak berhenti merokok, tapi macam mana nak berhenti?? Sebenarnya ader banyak cara untuk berhenti merokok.. tapi cara mana yang berkesan??

Macam2 cara boleh digunakan asalkan niat di hati tue kena ikhlas dan kukuh.. “kukuh”?? maksudnyer, jangan hangat2 tahik ayam la.. hehehe..^^

Haish, bebel banyak pulak dah cik blacky nie.. cepat la bagitahu tips nyer.. okayh2.. antara tips yang korang boleh praktikkan ialah tips 12M..

Tips 12M

©       Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.

©       Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.

©       Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.

©       Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

©       Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok sehingga korang benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok.

©       Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.

©       Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.

©       Membasuh tangan selalu.

©       Mandi dengan kerap.

©       Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

©       Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.

©       Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya

senang cakap ingatlah slogan nie.. garenti jadi takut la..^^

~~Rokok Membahayakan Kesihatan~~

Mengapa orang perempuan harus bertudung?


Bismillah..
nie entry first cik blacky.. insyaAllah.. semoga entri2 cik blacky lepas nie membawa kebaikan lebih dari keburukan..^^
pada entry first nie cik blacky nak cakap pasal "aurat".. wah.. cam ustazah jer kan.. actually, tak semestinya ustazah jer boleh cakap pasal hal2 agama nie kan.. kita yang biasa2 nie pun boleh cakap pasal hal2 agama selai kita tak merepek atau melalut ke laut.. hehehe..^^
Sebenarnya, orang perempuan nie special sikit.. xmacam orang laki.. lelaki boleh keluar rumah tak pakai kopiah, boleh pakai t-shirt lengan pendek dan macam2 lagi.. tapi, perempuan tak boleh free cam orang lelaki.. 
Tapi kenapa..? sebab perempuan kena tutup aurat.. mesti ada antara kita yang musykil dan tertanya-tanya kenapa orang perempuan kena tutup aurat..?

Antara sebab kenapa perempuan Islam diwajibkan menutup aurat..

1) Tuntutan agama Islam yang suci.
- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?
Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai Allah 
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat.  Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari.

3) Lebih cerdik,selesa dan sihat
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.
Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala.

4) Tidak membazir
- Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun untuk mencantikkan rambut dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan mewarnakan rambut serta tidak membazir wang!

5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98%  lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang yang paling penting pilih wanita yang bertudung dahulu )

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan dan menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai pelbagai bahan kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk rambut!

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati dan dihargai
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

9.) Lebih disayangi oleh ALLAH
- Wanita yang bertudung dengan cara yang betul serta melaksanakan perintah ALLAH akan terus dilindungi oleh ALLAH sehingga akhirat.

10.) Calon Isteri
- Kebanyakan statisitik yang diambil di Asia Tenggara. Ramai lelaki yang menjadikan wanita islam yang bertudung sebagai pilihan utama mereka sebagai isteri. Jadi jom pikat wanita yang bertudung dan jadikan ia sebagai wanita yang solehah ye.
Insyaallah.. :)

image dari uncle google


~~artikel nie cik blacky share dari blog pakar cinta... kalau korang nak lebih banyak artikel2 menarik sila la ke page Pakar Cinta ya..^^