Nuff

Sunday 23 September 2012

Tak Nak Merokok Dah!


Tips Berhenti Merokok

image dari uncle google

Mesti ramai perokok di luar sana yang terfikir nak berhenti merokok, tapi macam mana nak berhenti?? Sebenarnya ader banyak cara untuk berhenti merokok.. tapi cara mana yang berkesan??

Macam2 cara boleh digunakan asalkan niat di hati tue kena ikhlas dan kukuh.. “kukuh”?? maksudnyer, jangan hangat2 tahik ayam la.. hehehe..^^

Haish, bebel banyak pulak dah cik blacky nie.. cepat la bagitahu tips nyer.. okayh2.. antara tips yang korang boleh praktikkan ialah tips 12M..

Tips 12M

©       Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.

©       Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.

©       Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.

©       Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

©       Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok sehingga korang benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok.

©       Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.

©       Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.

©       Membasuh tangan selalu.

©       Mandi dengan kerap.

©       Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

©       Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.

©       Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya

senang cakap ingatlah slogan nie.. garenti jadi takut la..^^

~~Rokok Membahayakan Kesihatan~~

No comments:

Post a Comment